This post is also available in: English

Mengenai Kami

InfaqCare.Org – ialah satu inisiatif yang di tubuhkan untuk menyalurkan bantuan kepada asnaf di sekitar Negeri Bihar, India yang mempunyai populasi 99 Juta rakyat,.

Jumlah populasi orang Islam ialah 10.76 Juta dan hampir 85% dari keseluruhan populasi di Bihar ialah ‘Miskin Tegar’ di mana tidak mempunyai peluang untuk bekerja dan Infrastruktur yang cukup. Menurut laporan akhbar ‘thehindubusinessline.com’, hanya 2% penduduk yang mempunyai akses sumber air paip. Ini membuktikan bahawa umat Islam di sana berada di dalam kesempitan dan tiada sumber pendapatan untuk menyara kehidupan.

InfaqCare memiliki pengalaman hampir 10 tahun menyalurkan bantuan di Bihar dan mempunyai hubungan yang rapat dengan penduduk setempat, ulamak dan wakil penduduk.

InfaqCare telah berkembang menjadi satu organisasi yang menjadi ‘Jambatan’ untuk menyalurkan dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan seperti waqaf telaga, aqiqah dan korban di samping memberi bantuan kilat ketika banjir, taufan dan memberi dana untuk pembinaan madrasah di sekitar Bihar. InfaqCare juga turut memberikan bantuan kepada pelarian Rohingnya di Bangladesh untuk membantu mereka melangsungkan kehidupan.