This post is also available in: English

Khidmat Di Sediakan

Kami komited untuk menyediakan khidmat Infaq supaya lebih ramai dapat melaksanakan . Kami menyediakan perkhidmatan di bawah ini di wilayah Benggala Barat dan Bihar. Kedua-dua wilayah ini dihuni oleh hampir 40 Juta umat Islam di mana majoriti sangat miskin dengan 80% penduduk berpendapatan harian hanya RM 10 sehari.

1. Bekalan Air Bersih

– Kami memulakan ‘Program Telaga Air Pump’ di kawasan India. Ramai yang Infaqkan pam di atas nama waris yang telah tiada lagi. Untuk meringankan peserta, kami Berjaya merendahkan kos penyertaan dengan menubuhkan Team pemasangan sendiri di India. Ini telah membantu menjimatkan kos pemasangan dan juga pengurusan masa dan kualiti.

2. Qurban

Pada musim Idul Adha (Haji) kami menawarkan program Qurbani untuk penyertaan. Setiap haiwan mempunyai 7 bahagian kepada peserta.

3. Aqiqah

Aqiqah Programe dijalankan sepanjang tahun untuk menawarkan kepada ibu bapa Muslim memenuhi tanggungjawab mereka dengan melakukan Aqiqah untuk anak-anak. Kami menawarkan 1 bahagian untuk kanak-kanak perempuan dan 2 bahagian untuk kanak-kanak lelaki.

4. Nazar

Kami menawarkan peserta untuk melaksanakan Nazar mereka dengan menyumbang pada bahagian haiwan yang disembelih.