Informasi
APA HUKUM AQIQAH Korban/Aqiqah cara NI?
Hukumnya harus. Aqiqah yang terbaik adalah yang dibuat sendiri, dilihat depan mata, dimasak dan dijamu pada orang ramai.
Tapi ada yang tak mampu atas sebab kos, masa, dan keadaan tak sesuai seperti covid sekarang.
Jadi bila tak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua.
ADAKAH MEMADAI AKAD MELALUI BORANG/TELEFON SAHAJA?
Ya memadai. Transaksi yang berlaku ada ijab dan qabul, iaitu persetujuan antara pembeli dan penjual samada secara lafaz ataupun melalui tulisan. Terdapat bacaan akad pada borang online EZ Qurban.
Ibadah korban ialah Ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hariraya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah
APAKAH SYARAT UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN?
- Beragama Islam
- aligh
- Berakal
- Berkemampuan
- Merdeka (bukan golongan hamba)
APAKAH HUKUM UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN?
Hukum melaksanakannya adalah SUNAT MU’AKKADAH – iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.
APAKAH JENIS-JENIS KORBAN WAJIB?
- Korban atas dasar Wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
- Korban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.
- Korban Ta’yin, iaitu korban yang diniatkan ke atas binatang tertentu.
BOLEHKAH MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN KE ATAS ORANG MENINGGAL DUNIA?
Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh simati.
BOLEHKAH MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN UNTUK ANAK SAYA YANG MASIH KECIL?
Boleh, dengan tujuan mendidik anak melakukannya dan (dalam masa yang sama) ibubapa harus membimbing anak tersebut untuk berniat korban.
BOLEHKAH BUAT SATU BAHAGIAN LEMBU UNTUK SATU KELUARGA?
Satu (1) bahagian lembu korban hanya untuk satu (1) nama peserta sahaja. Tetapi diharuskan bagi peserta itu untuk berniat (doa) sedekahkan pahala korban itu kepada ahli keluarganya yang lain.
BOLEHKAH KITA BUAT KORBAN UNTUK ORANG LAIN?
Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya ia berniat korban.
Contohnya: seorang anak melaksanakan ibadah korban untuk ibu bapanya yang berada di kampung. Maka ibu bapanya perlu berniat, agar ibadah korbannya menjadi sempurna.
ORANG YANG MENANGGUNG BEBANAN HUTANG, ADAKAH BOLEH LAKSANAKAN KORBAN?
Jika hutang jangka panjang (long-term financial) seperti ansuran rumah, ansuran kereta dan sebagainya adalah tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup, maka tidak perlu untuk dia melakukan ibadah korban.
BOLEHKAH DAGING KORBAN DIAGIHKAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM?
Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.
APAKAH AMALAN SUNAT UNTUK ORANG YANG MELAKSANAKAN KORBAN?
Sunat tidak memotong kuku, menggugurkan bulu-bulu dan disunatkan juga untuk berdoa bermula dari 1 Zulhijjah sehingga korban dilaksanakan.
BOLEHKAH GUNAKAN DUIT BANTUAN ATAU SEDEKAH UNTUK MELAKSANAKAN KORBAN?
Boleh, bergantung kepada kemampuannya.
PERLUKAH BUAT KORBAN LAGI? TAHUN LEPAS SAYA SUDAH BUAT?
Perlu, kerana umat islam disunatkan melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun.
APAKAH IBADAH KORBAN YANG TERBAIK?
Ibadah Korban yang dilaksanakan di tempat (qariah) sendiri, menyembelih haiwan korban sendiri, melihat sembelihan korban (berwakil), mengagihkan daging korban sendiri. Sebaik-baik haiwan korban adalah yang paling banyak dagingnya. Haiwan korban yang terbaik ialah unta, diikuti lembu dan kambing.
SAYA/ANAK SAYA BELUM DIAKIKAHKAN, BOLEH KE LAKSANAKAN KORBAN DULU?
Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu berkorban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah korban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun. Manakala akikah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.